Tatkala dunia memberi seribu alasan untuk kita menangis.. tunjukkanlah bahwa kita punya 1 juta alasan untuk tersenyum . ketika dunia memberi 1000 alasan untuk kita mengeluh. tunjukkanlah bahwa kita punya 1 juta alasan untuk brsyukur..

Khamis, 27 Oktober 2016

Tips sebelum melancong ke Europe dari Lydiaa Beauty

Hi Assalammualaikum semua, maaf Semalam hakak cantik tak dan nak share tips . Tapi harini hakak cantik janji hakak cantik share Tips apa yang hakak cantik buat untuk kumpul duit sebelum p melancong πŸ˜‚πŸ˜πŸ˜‚

Firstly , hakak up status / moment / caption kat IG n seangkatan dgn nya bukan sebab hakak nak menunjuk hokay ! Bukan sebab hakak nak menunjuk hokay ! Bukan dan bukan !

Hakak updated pasal tips-tips ni sebab ramai inbox hakak minta sharing tips cara hakak simpan duit untuk melancong Ke Europe harituh lah , tips berjaya lah , tips shopping lah , tips itu lah , tips ini lah .

Dengan rendah hati , hakak pun nak share lahh Tips hakak yang tak berapa gah ni kat kome yang bertanya tuh πŸ˜†

Antara Tips yang Hakak Cantik Amalkan Untuk Melancong Ke Europe Harituh :-

(1) BANYAKKAN BERDOA 😊
- ni yang selalu hakak cantik praktikkan . Betul hakak tak tipu . Tiap kali lepas korang solat tuh . Luang lah seminit dua untuk korang mohon segala hajat & permintaan korang tuh . Tak lama pun weyh seminit dua je geng ! In shaa Allah dikabulkan !

(2) SENANGKAN HATI MAK AYAH & FAMILY
- Ini antara tips juga untuk korang melancong . Sebelum korang nak g jauh tinggalkan family korang tuh , korang senang kan lah sikit hati diorang . Belanja diorang makan ke ape ke . Yang penting korang nampak riak wajah gembira diorang tuh ! Ni bukan time korang nak g melancong je tau . If bolehh tiap minggu korang Amalkan . Tak dapat belanja lebih . Belanja lah seberapa mampu korang . Mesti diorang suka walaupun hanya Coki coki yg korang belanja tuh ! Percayalahh geng ! Kalau tak caye korang try ahh πŸ˜† ini juga merupakan tips tambah pendapatan korang 😘

(3) SEBELUM NAK G MELAWAT TEMPAT YG BYK HABISKAN DUIT KORANG BERIBAN-BERIBAN TUH, USAHALAH UTK TUNAIKAN UMRAH DULU !
- Sebab apa hakak cantik masukkan tips yang ni ? Nak tahu tak pasaipa ?? Pasai tak ada tempat lain SEINDAH , SETENANG , SEAMAN 🌹seperti MAKKAH & MADINAH ! Ni hakak cantik memang syorkan kat awak semua . Sebelum korang nak merancang percutian jauh-jauh untuk happykan diri korang tuh . Korang g lahh Tunaikan Umrah dulu . Cari redha Allah dulu , baru lah tenang nak melancong ke tempat lain πŸ˜† sebab apa hakak cantik cakap mcm ni ? Hakak cantik malas cakap lebih , korang buat dulu Tips ni , baru lah korang tahu apa maksud sebenar yg hakak cantik cuba maksudkan 😘

(4) TABUNG, KUMPUL , SIMPAN & SEANGKATAN DENGANNYA πŸ’°
- Rajinkanlah diri korang menabung ! Ni antara tips penting untuk impian korang terlaksana ! Kalau korang tak menabung , tak simpan duit macam mana korang nak melancong,  kan weyh kan ? Yang hakak cantik selalu buat untuk capaikan keinginan hakak cantik ni adalah , jengjengjeng πŸ˜† hakak ASINGKAN duit hakak kepada 3 tempat !
- Tabung Bisnes Hakak cantik ,
- Tabung percutian Hakak cantik,
- Tabung simpanan Hakak Cantik
Tabung Percutian & Tabung Simpanan adalah tabung yang berbeza dan kegunaan yang berbeza πŸ‘ŒπŸ» sebab apa berbeza ? Tabung percutian memang hakak simpan untuk hakak melancong shj . Hakak tak akan sentuh duit tu sampailah hakak rasa cukup untuk hakak melancong !
Manakala , Tabung Simpanan adalah tabung yang hakak gunakan bila time kecemasan shj  ! Jangan pulak ngada-ngada korang gune saje-saje ya ! bila perlu guna ! Bila Tak perlu buat - buat lupa je berapa 000 kat account tuh πŸ˜†

(5) JANGAN KEDEKUT @ BERKIRA TETAPI BANYAKKAN BERSEDEKAH !!!!!!!!!!!
- jadi orang tuh , jangan nak kedekut sangat ! Jangan nak berkira sangat ! Maaflahh emo lebih pulak πŸ˜† hakak kalau boleh nak mintak tolong sgt kat korang jangan lahh pernah ada sifat KEDEKUT & BERKIRA dalam diri korang tuh . Tak kemana pun sifat tuh ! Bukan boleh bagi korang senang pun ! Ingatlahh , satu sen pun dikira sedekah tau ! Kalau satu sen pun korang nak berkira , tayah berangan lahh kaki korang akan sampai kemana-mana !! Hakak kekadang behrang jugak tengok orang yang kedekut@berkira ni 😑 Buanglahh sifat tu jauh-jauh kay geng ! Ingat ni , KORANG BAGI LEBIH , KORANG DAPAT LEBIH . percayalahh geng 😘

(6) TAHU MANA HALA TUJU KORANG NAK PERGI !
- kalau korang dah tahu contohnya korang nak g EUROPE !  Apelagi usaha lah lebih sikit cari duit nak kesana! Korang sendiri maklumkan EUROPE merupakan tempat yang paling banyak  menggunakan duit Jutaria πŸ˜† Jangan lah pulak , korang dah tahu banyak nak guna duit tapi korang buat sambil lewa je . Ingat sediakan payung sebelum hujan geng ! Kalau duit korang tuh dah lepas beli TIKET FLIGHT , BOOKING PENGINAPAN ! sekali pun , Tuh BELUM lagi menjanjikan yang duit korang cukup untuk melancong ke Europe !!! Sebab apa hakak cakap mcm tu ? Sebab duit Transport, makanan, shopping , belum termasuk lagi tuh .

(7) KERJE KERAS ! JANGAN MENGHARAP DUIT MAK AYAH !!!!
- Dah tahu nak melancong tuh , tayah lah nak harapkan duit mak ayah korang ! Ingat mak ayah korang tuh takde bende lain nak fikir ke,  nak capaikan kemahuan korang je . Ingat ni geng ! Nak kemana sekali pun , nak beli apa sekali pun , TAK PAYAH LAHH HARAP DUIT MAK AYAH KORANG ! usaha lah sendiri ! Baru lahh dapat rasa kepuasannya . Tak susah pun korang nak cari duit sendiri untuk mrealisasikam impian korang tuh . NAMPAK ADE PELUANG SIKIT , REBUT ! NAMPAK ADE RUANG SIKIT, KEJAR !  Tak susah pun geng !

(8) SIMPAN SIKIT-SIKIT , LAMA-LAMA JD BUKIT 😘
- start ah simpan sehari RM30 ! Kalau tak boleh simpan sehari RM30 , simpan lahh sehari RM3 . Kalau tak boleh simpan RM3 . Simpan lah RM0.30 . Kalau tak boleh jugak simpan lah sehari 3sen ! Kalau tak boleh simpan jugak , duduk jelah rumah , tayah berangan nak melancong πŸ˜†

(9) USAHA SAMPAI BERJAYA !
- Dah tahu nak melancong tuh , usaha lah lebih sikit . Kata nak melancong kan . Nak gembirakan hati kan . Usaha lah lebih sikit geng . Hakak bukan nak cakap apa lah . Kalau korang usaha sendiri cari duit nak melancong tuh , korang akan dapat rasa nikmatnya Ya Allah . Macam ni rupanya kalau aku cari duit sendiri , penat lelah sendiri . Bak orang utagha kata Berbaloi baq hang πŸ˜†

(10) TIDAK AKAN BERLAKU SESUATU TANPA IZIN ALLAH SWT 😘
- bila korang dah usaha , doa , tawakal in shaa Allah segala hajat & keinginan korang akan tercapai .  Apa yang korang dapat pun kat dunia ni . Semua dengan Izin Allah . TanpaNya siapa lah kita kan 🌹

Sampai sini je yang mampu hakak cantik taip . Esok hakak update tips lain pulak hokay . kalau awak suka , awak baca . Tak suka tak apa .

#LydiaaBeautyKongsiTips
#LydiaSahajeLar

awak nieyy chumil lhaa sayang :)suke , sile like yea sayang :)

Tiada ulasan: