Langkau ke kandungan utama

Salam Israk & Mikraj 🌷

Umat Islam diberi kesempatan meraikan peristiwa luar biasa yang tercatat dalam sejarah Islam iaitu pengembaraan agung Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin (Israk) dan ke langit bertemu Allah SWT (Mikraj) hanya dalam tempoh sebahagian malam sahaje .

Peristiwa luar biasa itu dijelaskan Allah SWT dalam Surah al-Israk pada ayat pertama yang bermaksud: "Maha Suci Allah, yang membawa hamba-Nya mengembara pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

Peristiwa terakam dalam al-Quran itu membuktikan kehebatan Allah SWT mengurniakan mukjizat kepada Nabi SAW sebagai tanda kerasulannya kepada golongan kafir yang tidak mempercayai dakwah baginda.
Hakikatnya, Israk dan Mikraj bukan sesuatu yang susah atau aneh bagi Allah SWT untuk melakukan demikian kerana Dialah Tuhan yang menjadikan segala kewujudan ini dari tiada kepada ada.

Mengembara dalam sedar
Penceramah bebas, Hambali Saad menjelaskan, ulama salafussoleh, khalafussoleh, ahli hadis, ahli kalam, ahli tafsir, ahli fiqh dan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bersepakat bahawa Baginda menempuh pengembaraan agung itu dalam keadaan sedar, bersama roh dan jasad bukan dalam bentuk mimpi.
Ketika Mikraj, Nabi Muhammad SAW mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha untuk menerima perintah solat lima waktu terus daripada-Nya tanpa melalui perantaraan Malaikat Jibril. Ulama sepakat peristiwa itu terjadi pada 27 Rejab beberapa tahun selepas Baginda menjadi Nabi.
"Sudah tentu, kembara Nabi Muhammad pada malam itu dianggap sebagai peristiwa agung dan luar biasa bukan sahaja pada zaman baginda, malah sepanjang zaman. 
"Allah hendak menunjukkan kehebatan-Nya kepada seluruh manusia bahawa Dia Maha Berkuasa membawa Nabi Muhammad mengembara dalam tempoh satu malam dari dua masjid yang jauh dan kemudian diangkat pula ke langit.
"Ahli tafsir berpendapat, ayat pertama surah al-Israk itu sudah menjelaskan dengan terang bahawa Israk dan Mikraj memang peristiwa yang hebat. Jika tidak ditafsirkan pun, memang ia sesuatu kejadian yang hebat," katanya ketika berceramah di Surau al-Muttaqin, Vision Homes, Seremban 2, baru-baru ini.
Malangnya kata beliau, ada segelintir umat Islam yang tidak menerima perbuatan meraikan peristiwa Israk dan Mikraj dengan memberi alasan ia bidaah kerana tidak dilakukan Baginda SAW serta sahabat.
Katanya, masyarakat perlu sedar golongan sahabat tidak meraikan peristiwa Israk dan Mikraj kerana mereka menghayati semangat terkandung pada peristiwa itu dalam amalan kehidupan seharian berbeza dengan umat Islam hari ini.

Hambali berkata, umat Islam bukan saja wajib meyakini peristiwa Israk dan Mikraj kerana ia termasuk dalam perkara ghaib, bahkan perlu memahami maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam ayat itu.
Beliau berkata, ahli tafsir turut berpendapat, ayat berkenaan bukan saja menceritakan peristiwa hebat itu tetapi turut menjelaskan kemuliaan masjid. Walaupun masjid yang disebut ialah Masjidil Haram dan Masjid al-Aqsa, sebenarnya ia menjelaskan kepentingan masjid secara keseluruhannya.

Peroleh ganjaran besar
Masyarakat mengetahui ganjaran besar yang diperoleh jika seseorang beribadah di Masjidil Haram dan Masjid al-Aqsa, namun aspek lain yang perlu diberi penekanan umat Islam ialah peranan masjid.
"Masjid disebut secara khusus dalam ayat itu dan menjadi bukti ia bukan saja-saja dipilih oleh Allah, sebaliknya menunjukkan masjid mempunyai peranan cukup besar dan hebat.

"Peranan masjid hari ini perlu selari dengan perkembangan zaman. Masjid tidak patut dilihat sebagai tempat menunaikan solat semata-mata sebaliknya perlu menjadi institusi paling rapat dengan masyarakat secara keseluruhannya," katanya

Umat Islam hari ini katanya perlu komited memakmurkan masjid dan surau kerana ia bukan sahaja menjadi simbol kepada perkembangan syiar Islam, bahkan rumah Allah SWT yang sepatutnya menjadi tempat yang sering dirindui umat.

Masjid dan surau adalah landasan bagi umat Islam untuk bersatu, bermuafakat dan mencipta kecemerlangan dalam hidup kerana tanpanya, hidup umat tidak akan terpandu dengan lancar.
Jelas, apa yang disampaikan Hambali itu memang sudah dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat itu) maka diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." (Surah at-Taubah, ayat 18)

#SalamIsrakMikraj
#LydiaaBeauty
##CantikBakTuanPuteri

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jangan Give Up !!

Assalammualaikum semua 🌷 ni nak cakap , kira ni adat bila berbisnes ! baca & Hadam ! jangan cepat menyerahh , bila jatuh , cuba bangun ! cuba bangkit ! Semua orang yang berada di tahap tertinggi pencapaiannya, semua pernah rasa jatuh dan bangun. Terima itu sebagai perkara biasa. Itu semua, DIA punya kuasa. Bukan manusia. Bila kau jatuh, itu bukan bermaksud kau gagal. Tapi, bila kau yang biarkan diri kau kat bawah, sebenarnya kau yang pilih untuk gagal. Nauzubillah min zalik. Kau kumpul semula semangat dengan berdoa. Cairkan otak dengan idea-idea baru. Berhubung dengan 'circle' yang membina. Dan mula melangkah dengan konsisten. Masa sentiasa ada. Cuma, jangan biarkan ia rugi begitu sahaja.

Tips Majukan Business Dari Lydiaa Beauty

Biarlahh setinggi EIFFEL TOWER pun keinginan korang tuh ,  In shaa Allah akan tercapai ! Yang penting ,, Ada usaha , Adalah Hasilnyaaa 🌹😘👌🏻 . Kita updated bukan sebab kita nak menunjuk , tapi kita nak bagitahu , tak mustahil untuk semua orang memiliki apa yang korang inginNi 😊 Ni Antara Tips yang hakak boleh share sebab ramai yang PM,Ws,Chat :- .  (1) Usaha , Doa , Tawakal 😊 . (2) Senangkan Hati Mak Ayah korang dulu , baru senang rezeki tu nak Masuk 😊 . (3) Sedekah lahh , walaupun Seringgit sehari 😊 . (4) Bantulahh ahli keluarga korang dulu , barulah bantu orang lain yang memerlukan 😊 . (5) Solat Dhuha 😊 kalau payah sangat nak buat tiap hari pun , buat lahh seminggu sekali 🌹 at least awak buat geng !  . (6) kalau tak lalu nak buat solat dhuha pun , bangun awal sikit time nak solat subuh tu . buat solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh 😘 . (7) Rajinkan diri bagi lebih , baru lah hasil nya pun lebihh 😊 . (8) Amalkan ayat ni setiap habi

DETIK MENCEMASKAN SEBELUM KE SEOUL,KOREA

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt , dapat juga jejakkan kaki dibumi korea bersama ibu & adik bersama .  Benar orang kata , nak lagi banyak pengalaman , perlulah luaskan pemandangan .  Selama 9days 8malam kat korea , berbagai pahit manis dirasa . Sungguh indah , sungguh bahagia , sungguh teruja .  Bermula lah kisah tuan puteri sebelum ke korea . Around 3month yang lepas , si adik tak habis-habis cakap , dia tak pernah pun naik flight jalan jauh-jauh. adik-beradik lain semua dah pernah . dia je tak pernah . Yelahkan macam mana nak pernah , tahun 2017 tahun dia SPM . Malas lah kacau dia . Biarkan dia dengan Exam dia .  Sampailah bulan 12, dia habis exam. Ayat yang sama keluar dari mulut dia . “Aku tak pernah pun naik flight jalan jauh-jauh” . Dalam pada masa yang sama , Tuan puteri hanya mampu tersenyum tanpa kata-kata . Biarkan dia dengan kesedihan dia .  Sampailah tiba detik-detik cemas sebelum menjejakkan kaki ke bumi korea. Konon nak buat surprise kat abah