Tatkala dunia memberi seribu alasan untuk kita menangis.. tunjukkanlah bahwa kita punya 1 juta alasan untuk tersenyum . ketika dunia memberi 1000 alasan untuk kita mengeluh. tunjukkanlah bahwa kita punya 1 juta alasan untuk brsyukur..

Isnin, 24 April 2017

Salam Israk & Mikraj 🌷

Umat Islam diberi kesempatan meraikan peristiwa luar biasa yang tercatat dalam sejarah Islam iaitu pengembaraan agung Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin (Israk) dan ke langit bertemu Allah SWT (Mikraj) hanya dalam tempoh sebahagian malam sahaje .

Peristiwa luar biasa itu dijelaskan Allah SWT dalam Surah al-Israk pada ayat pertama yang bermaksud: "Maha Suci Allah, yang membawa hamba-Nya mengembara pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

Peristiwa terakam dalam al-Quran itu membuktikan kehebatan Allah SWT mengurniakan mukjizat kepada Nabi SAW sebagai tanda kerasulannya kepada golongan kafir yang tidak mempercayai dakwah baginda.
Hakikatnya, Israk dan Mikraj bukan sesuatu yang susah atau aneh bagi Allah SWT untuk melakukan demikian kerana Dialah Tuhan yang menjadikan segala kewujudan ini dari tiada kepada ada.

Mengembara dalam sedar
Penceramah bebas, Hambali Saad menjelaskan, ulama salafussoleh, khalafussoleh, ahli hadis, ahli kalam, ahli tafsir, ahli fiqh dan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bersepakat bahawa Baginda menempuh pengembaraan agung itu dalam keadaan sedar, bersama roh dan jasad bukan dalam bentuk mimpi.
Ketika Mikraj, Nabi Muhammad SAW mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha untuk menerima perintah solat lima waktu terus daripada-Nya tanpa melalui perantaraan Malaikat Jibril. Ulama sepakat peristiwa itu terjadi pada 27 Rejab beberapa tahun selepas Baginda menjadi Nabi.
"Sudah tentu, kembara Nabi Muhammad pada malam itu dianggap sebagai peristiwa agung dan luar biasa bukan sahaja pada zaman baginda, malah sepanjang zaman. 
"Allah hendak menunjukkan kehebatan-Nya kepada seluruh manusia bahawa Dia Maha Berkuasa membawa Nabi Muhammad mengembara dalam tempoh satu malam dari dua masjid yang jauh dan kemudian diangkat pula ke langit.
"Ahli tafsir berpendapat, ayat pertama surah al-Israk itu sudah menjelaskan dengan terang bahawa Israk dan Mikraj memang peristiwa yang hebat. Jika tidak ditafsirkan pun, memang ia sesuatu kejadian yang hebat," katanya ketika berceramah di Surau al-Muttaqin, Vision Homes, Seremban 2, baru-baru ini.
Malangnya kata beliau, ada segelintir umat Islam yang tidak menerima perbuatan meraikan peristiwa Israk dan Mikraj dengan memberi alasan ia bidaah kerana tidak dilakukan Baginda SAW serta sahabat.
Katanya, masyarakat perlu sedar golongan sahabat tidak meraikan peristiwa Israk dan Mikraj kerana mereka menghayati semangat terkandung pada peristiwa itu dalam amalan kehidupan seharian berbeza dengan umat Islam hari ini.

Hambali berkata, umat Islam bukan saja wajib meyakini peristiwa Israk dan Mikraj kerana ia termasuk dalam perkara ghaib, bahkan perlu memahami maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam ayat itu.
Beliau berkata, ahli tafsir turut berpendapat, ayat berkenaan bukan saja menceritakan peristiwa hebat itu tetapi turut menjelaskan kemuliaan masjid. Walaupun masjid yang disebut ialah Masjidil Haram dan Masjid al-Aqsa, sebenarnya ia menjelaskan kepentingan masjid secara keseluruhannya.

Peroleh ganjaran besar
Masyarakat mengetahui ganjaran besar yang diperoleh jika seseorang beribadah di Masjidil Haram dan Masjid al-Aqsa, namun aspek lain yang perlu diberi penekanan umat Islam ialah peranan masjid.
"Masjid disebut secara khusus dalam ayat itu dan menjadi bukti ia bukan saja-saja dipilih oleh Allah, sebaliknya menunjukkan masjid mempunyai peranan cukup besar dan hebat.

"Peranan masjid hari ini perlu selari dengan perkembangan zaman. Masjid tidak patut dilihat sebagai tempat menunaikan solat semata-mata sebaliknya perlu menjadi institusi paling rapat dengan masyarakat secara keseluruhannya," katanya

Umat Islam hari ini katanya perlu komited memakmurkan masjid dan surau kerana ia bukan sahaja menjadi simbol kepada perkembangan syiar Islam, bahkan rumah Allah SWT yang sepatutnya menjadi tempat yang sering dirindui umat.

Masjid dan surau adalah landasan bagi umat Islam untuk bersatu, bermuafakat dan mencipta kecemerlangan dalam hidup kerana tanpanya, hidup umat tidak akan terpandu dengan lancar.
Jelas, apa yang disampaikan Hambali itu memang sudah dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat itu) maka diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." (Surah at-Taubah, ayat 18)

#SalamIsrakMikraj
#LydiaaBeauty
##CantikBakTuanPuteri

awak nieyy chumil lhaa sayang :)suke , sile like yea sayang :)

Isnin, 10 April 2017

Jangan Give Up !!

Assalammualaikum semua 🌷

ni nak cakap , kira ni adat bila berbisnes !

baca & Hadam !

jangan cepat menyerahh , bila jatuh , cuba bangun ! cuba bangkit !

Semua orang yang berada di tahap tertinggi pencapaiannya, semua pernah rasa jatuh dan bangun. Terima itu sebagai perkara biasa. Itu semua, DIA punya kuasa. Bukan manusia.

Bila kau jatuh, itu bukan bermaksud kau gagal. Tapi, bila kau yang biarkan diri kau kat bawah, sebenarnya kau yang pilih untuk gagal.


Nauzubillah min zalik.


Kau kumpul semula semangat dengan berdoa. Cairkan otak dengan idea-idea baru. Berhubung dengan 'circle' yang membina. Dan mula melangkah dengan konsisten.


Masa sentiasa ada. Cuma, jangan biarkan ia rugi begitu sahaja.


awak nieyy chumil lhaa sayang :)suke , sile like yea sayang :)

Khamis, 27 Oktober 2016

Tips sebelum melancong ke Europe dari Lydiaa Beauty

Hi Assalammualaikum semua, maaf Semalam hakak cantik tak dan nak share tips . Tapi harini hakak cantik janji hakak cantik share Tips apa yang hakak cantik buat untuk kumpul duit sebelum p melancong πŸ˜‚πŸ˜πŸ˜‚

Firstly , hakak up status / moment / caption kat IG n seangkatan dgn nya bukan sebab hakak nak menunjuk hokay ! Bukan sebab hakak nak menunjuk hokay ! Bukan dan bukan !

Hakak updated pasal tips-tips ni sebab ramai inbox hakak minta sharing tips cara hakak simpan duit untuk melancong Ke Europe harituh lah , tips berjaya lah , tips shopping lah , tips itu lah , tips ini lah .

Dengan rendah hati , hakak pun nak share lahh Tips hakak yang tak berapa gah ni kat kome yang bertanya tuh πŸ˜†

Antara Tips yang Hakak Cantik Amalkan Untuk Melancong Ke Europe Harituh :-

(1) BANYAKKAN BERDOA 😊
- ni yang selalu hakak cantik praktikkan . Betul hakak tak tipu . Tiap kali lepas korang solat tuh . Luang lah seminit dua untuk korang mohon segala hajat & permintaan korang tuh . Tak lama pun weyh seminit dua je geng ! In shaa Allah dikabulkan !

(2) SENANGKAN HATI MAK AYAH & FAMILY
- Ini antara tips juga untuk korang melancong . Sebelum korang nak g jauh tinggalkan family korang tuh , korang senang kan lah sikit hati diorang . Belanja diorang makan ke ape ke . Yang penting korang nampak riak wajah gembira diorang tuh ! Ni bukan time korang nak g melancong je tau . If bolehh tiap minggu korang Amalkan . Tak dapat belanja lebih . Belanja lah seberapa mampu korang . Mesti diorang suka walaupun hanya Coki coki yg korang belanja tuh ! Percayalahh geng ! Kalau tak caye korang try ahh πŸ˜† ini juga merupakan tips tambah pendapatan korang 😘

(3) SEBELUM NAK G MELAWAT TEMPAT YG BYK HABISKAN DUIT KORANG BERIBAN-BERIBAN TUH, USAHALAH UTK TUNAIKAN UMRAH DULU !
- Sebab apa hakak cantik masukkan tips yang ni ? Nak tahu tak pasaipa ?? Pasai tak ada tempat lain SEINDAH , SETENANG , SEAMAN 🌹seperti MAKKAH & MADINAH ! Ni hakak cantik memang syorkan kat awak semua . Sebelum korang nak merancang percutian jauh-jauh untuk happykan diri korang tuh . Korang g lahh Tunaikan Umrah dulu . Cari redha Allah dulu , baru lah tenang nak melancong ke tempat lain πŸ˜† sebab apa hakak cantik cakap mcm ni ? Hakak cantik malas cakap lebih , korang buat dulu Tips ni , baru lah korang tahu apa maksud sebenar yg hakak cantik cuba maksudkan 😘

(4) TABUNG, KUMPUL , SIMPAN & SEANGKATAN DENGANNYA πŸ’°
- Rajinkanlah diri korang menabung ! Ni antara tips penting untuk impian korang terlaksana ! Kalau korang tak menabung , tak simpan duit macam mana korang nak melancong,  kan weyh kan ? Yang hakak cantik selalu buat untuk capaikan keinginan hakak cantik ni adalah , jengjengjeng πŸ˜† hakak ASINGKAN duit hakak kepada 3 tempat !
- Tabung Bisnes Hakak cantik ,
- Tabung percutian Hakak cantik,
- Tabung simpanan Hakak Cantik
Tabung Percutian & Tabung Simpanan adalah tabung yang berbeza dan kegunaan yang berbeza πŸ‘ŒπŸ» sebab apa berbeza ? Tabung percutian memang hakak simpan untuk hakak melancong shj . Hakak tak akan sentuh duit tu sampailah hakak rasa cukup untuk hakak melancong !
Manakala , Tabung Simpanan adalah tabung yang hakak gunakan bila time kecemasan shj  ! Jangan pulak ngada-ngada korang gune saje-saje ya ! bila perlu guna ! Bila Tak perlu buat - buat lupa je berapa 000 kat account tuh πŸ˜†

(5) JANGAN KEDEKUT @ BERKIRA TETAPI BANYAKKAN BERSEDEKAH !!!!!!!!!!!
- jadi orang tuh , jangan nak kedekut sangat ! Jangan nak berkira sangat ! Maaflahh emo lebih pulak πŸ˜† hakak kalau boleh nak mintak tolong sgt kat korang jangan lahh pernah ada sifat KEDEKUT & BERKIRA dalam diri korang tuh . Tak kemana pun sifat tuh ! Bukan boleh bagi korang senang pun ! Ingatlahh , satu sen pun dikira sedekah tau ! Kalau satu sen pun korang nak berkira , tayah berangan lahh kaki korang akan sampai kemana-mana !! Hakak kekadang behrang jugak tengok orang yang kedekut@berkira ni 😑 Buanglahh sifat tu jauh-jauh kay geng ! Ingat ni , KORANG BAGI LEBIH , KORANG DAPAT LEBIH . percayalahh geng 😘

(6) TAHU MANA HALA TUJU KORANG NAK PERGI !
- kalau korang dah tahu contohnya korang nak g EUROPE !  Apelagi usaha lah lebih sikit cari duit nak kesana! Korang sendiri maklumkan EUROPE merupakan tempat yang paling banyak  menggunakan duit Jutaria πŸ˜† Jangan lah pulak , korang dah tahu banyak nak guna duit tapi korang buat sambil lewa je . Ingat sediakan payung sebelum hujan geng ! Kalau duit korang tuh dah lepas beli TIKET FLIGHT , BOOKING PENGINAPAN ! sekali pun , Tuh BELUM lagi menjanjikan yang duit korang cukup untuk melancong ke Europe !!! Sebab apa hakak cakap mcm tu ? Sebab duit Transport, makanan, shopping , belum termasuk lagi tuh .

(7) KERJE KERAS ! JANGAN MENGHARAP DUIT MAK AYAH !!!!
- Dah tahu nak melancong tuh , tayah lah nak harapkan duit mak ayah korang ! Ingat mak ayah korang tuh takde bende lain nak fikir ke,  nak capaikan kemahuan korang je . Ingat ni geng ! Nak kemana sekali pun , nak beli apa sekali pun , TAK PAYAH LAHH HARAP DUIT MAK AYAH KORANG ! usaha lah sendiri ! Baru lahh dapat rasa kepuasannya . Tak susah pun korang nak cari duit sendiri untuk mrealisasikam impian korang tuh . NAMPAK ADE PELUANG SIKIT , REBUT ! NAMPAK ADE RUANG SIKIT, KEJAR !  Tak susah pun geng !

(8) SIMPAN SIKIT-SIKIT , LAMA-LAMA JD BUKIT 😘
- start ah simpan sehari RM30 ! Kalau tak boleh simpan sehari RM30 , simpan lahh sehari RM3 . Kalau tak boleh simpan RM3 . Simpan lah RM0.30 . Kalau tak boleh jugak simpan lah sehari 3sen ! Kalau tak boleh simpan jugak , duduk jelah rumah , tayah berangan nak melancong πŸ˜†

(9) USAHA SAMPAI BERJAYA !
- Dah tahu nak melancong tuh , usaha lah lebih sikit . Kata nak melancong kan . Nak gembirakan hati kan . Usaha lah lebih sikit geng . Hakak bukan nak cakap apa lah . Kalau korang usaha sendiri cari duit nak melancong tuh , korang akan dapat rasa nikmatnya Ya Allah . Macam ni rupanya kalau aku cari duit sendiri , penat lelah sendiri . Bak orang utagha kata Berbaloi baq hang πŸ˜†

(10) TIDAK AKAN BERLAKU SESUATU TANPA IZIN ALLAH SWT 😘
- bila korang dah usaha , doa , tawakal in shaa Allah segala hajat & keinginan korang akan tercapai .  Apa yang korang dapat pun kat dunia ni . Semua dengan Izin Allah . TanpaNya siapa lah kita kan 🌹

Sampai sini je yang mampu hakak cantik taip . Esok hakak update tips lain pulak hokay . kalau awak suka , awak baca . Tak suka tak apa .

#LydiaaBeautyKongsiTips
#LydiaSahajeLar

awak nieyy chumil lhaa sayang :)suke , sile like yea sayang :)

Khamis, 20 Oktober 2016

Tips Majukan Business Dari Lydiaa Beauty

Biarlahh setinggi EIFFEL TOWER pun keinginan korang tuh ,  In shaa Allah akan tercapai ! Yang penting ,, Ada usaha , Adalah Hasilnyaaa πŸŒΉπŸ˜˜πŸ‘ŒπŸ»
.

Kita updated bukan sebab kita nak menunjuk , tapi kita nak bagitahu , tak mustahil untuk semua orang memiliki apa yang korang inginNi 😊

Ni Antara Tips yang hakak boleh share sebab ramai yang PM,Ws,Chat :-

.

 (1) Usaha , Doa , Tawakal 😊

.

(2) Senangkan Hati Mak Ayah korang dulu , baru senang rezeki tu nak Masuk 😊

.

(3) Sedekah lahh , walaupun Seringgit sehari 😊

.

(4) Bantulahh ahli keluarga korang dulu , barulah bantu orang lain yang memerlukan 😊

.

(5) Solat Dhuha 😊 kalau payah sangat nak buat tiap hari pun , buat lahh seminggu sekali 🌹 at least awak buat geng ! 

.

(6) kalau tak lalu nak buat solat dhuha pun , bangun awal sikit time nak solat subuh tu . buat solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh 😘

.

(7) Rajinkan diri bagi lebih , baru lah hasil nya pun lebihh 😊

.

(8) Amalkan ayat ni setiap habis solat ! 

🌹 SubahannAllah 33x
🌹 Alhamdulillah 33x
🌹 Allahhuakbar 33x 
🌹 Inna Haza laridzkuna Malahu Minnafaad 33x

.

(9) Nak apa sekali pun , jangan sesekali berharap kat Mak Ayah korang ! Usaha sendiri ! Baru nikmat bila dapat ape yang korang ingginkan tuh ! Bak kata orang , pergggggh πŸ˜† cayalahh ! 

.

(10) bila dah dapat tuh , Jangan lahh lupa share-share kat hakak yaaa πŸ˜†πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜†

.

Biarlahh setinggi Eiffel Tour sekali pun keinginan korang tuh ,  In shaa Allah akan tercapai ! Yang penting ,, Ada usaha , Adalah Hasilnyaaa πŸŒΉπŸ˜˜πŸ‘ŒπŸ»

.

Dah nnt hakak share Pengalaman hakak time G europe pula ya . Yang mana DM,WS,Chat yang ai tak reply tuh , bukan sombong ke apa ! Orang tengah bercuti kan , Faham-Faham lah kan  . Btw , Maaf ye saya tak reply πŸ™

.

Okaylahh , tuh je tips yang hakak share . Nanti hakak payung tips lain ehh 😊

#LydiaaBeautyKongsiTips
#LydiaSahajeLar

awak nieyy chumil lhaa sayang :)suke , sile like yea sayang :)