Langkau ke kandungan utama

DETIK MENCEMASKAN SEBELUM KE SEOUL,KOREA


Alhamdulillah, dengan izin Allah swt , dapat juga jejakkan kaki dibumi korea bersama ibu & adik bersama . 

Benar orang kata , nak lagi banyak pengalaman , perlulah luaskan pemandangan . 

Selama 9days 8malam kat korea , berbagai pahit manis dirasa . Sungguh indah , sungguh bahagia , sungguh teruja . 

Bermula lah kisah tuan puteri sebelum ke korea . Around 3month yang lepas , si adik tak habis-habis cakap , dia tak pernah pun naik flight jalan jauh-jauh. adik-beradik lain semua dah pernah . dia je tak pernah . Yelahkan macam mana nak pernah , tahun 2017 tahun dia SPM . Malas lah kacau dia . Biarkan dia dengan Exam dia . 

Sampailah bulan 12, dia habis exam. Ayat yang sama keluar dari mulut dia . “Aku tak pernah pun naik flight jalan jauh-jauh” . Dalam pada masa yang sama , Tuan puteri hanya mampu tersenyum tanpa kata-kata . Biarkan dia dengan kesedihan dia . 

Sampailah tiba detik-detik cemas sebelum menjejakkan kaki ke bumi korea. Konon nak buat surprise kat abah, mak & adik . Tapi hm hmmm diri sendiri terkena surprise sendiri . HAHAHA 

Ngam lagi 2minggu nak sampai tarikh penerbangan ke korea. Baru terbaca yang si abah perlukan VISA untuk ke korea 😢 sampai datang kekedutaan korea KL 2 kali. sebab nak hantar borang untuk apply visa . Tapi apakan daya, kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Apply punya apply . tinggal lagi 3hari je nak gerak p korea . Tapi Hmm Hmm Visa abah tetap tak lepas 😢 

Korang dapat bayangkan tak , hotel , return ticket flight, KTX ticket semua dah siap book . Tapi tak lepas p korea . Hmm sedihh . tapi tak apa . ada hikmah yang sebaliknyaa . 

Sampailah hari yang dinanti-nantikan (22/1/2017) Tarikh penerbangan ke Korea . Time tu flight kitorang pagi. Abah yang hantar kitorang ke KLIA2. Nampak lah wajah dia yang seribu kecewa sebab tak dapat ikut bersama. Kalau ikutkan hati , nak je marah kedutaan korea Kat KL tu . Kita punya mintak tolong macam pengemis pun dia still dengan ayat dia yang berlagak tu “Saya ada lagi orang yang datang dari jauh dari awak” . kalau ye pun . tahu lah ade orang yg lagi jauh apply visa kat situ . apa lah salahnyaa cuba tolong macam mana caranyaa nak bagi lulus. ni tak , punya senang dia kata “balik dan cukupkan balik semua document” Emangnya kau taktau , aku dah berabis dekat Rm200 untuk print & download segala document  yg kau nak . Tu belum masuk lagi aku bayar runner, untuk ambilkan document bila visa settle . Tapi still kau tak lepaskan . Entahlahh aku pun tak tahu nak cakap apa dah . 

Kalau ade peti aduan kat customer services tu aku dah masukkan comment aku sepanjang roti jala kat dalam tu . Hmm takpalahh . Nak buat macam mana. kita hanya orang bawahan yang tiada apa-apa. 

Sampai taktahu nak cakap apa. Depan mata weh tengok abah menangis sebab tak dapat ikut kitorang ke korea . Kau sebagai anak , apa kau rasa kalau ayah kau  nangis depan kau sebab kecewa ??😭

Taktahuler nak cakap apa , sampai dah call kedutaan sana , kedutaan sini tapi masa pula dah suntuk . Tak apalah abah . Abah tak dapat p korea. mana tahu nanti ade rezeki lebih abah dapat p Amsterdam kan . Kan tempat paling abah nak sangat p kan kan . Takpaa . ade rezeki nanti kita p sama-sama okay abah. 

sambung next story —> 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KATA - KATA ITU DOA 😱

Alhamdulillah. Anda dah ucap syukur atau belum atas pinjaman nafas untuk hari ini? Anda dah ucap syukur atau belum atas pinjaman kesihatan dan rezeki hari ini? Ucap dan lafazkan syukur anda kerana ia akan menarik lebih banyak lagi rezeki pada anda. Kata-kata ibarat satu doa. Lagi banyak kali anda ulang, lagi tinggi peluang makbul. Doa itulah kata-kata yang anda pinta. Jadi kenapa bazirkan peluang makbul doa dengan ucapan kata-kata yang tidak enak? Ingat dulu orang tua tua pesan jangan panggil orang lain dengan kata yang buruk. Jangan panggil nama yang tak elok. Sebab bila disebut berulang kali, ia akan jadi buruk. Ingat lagi pesan seorang guru. Kalau kita nakkan sesuatu, kita cakap dan doa banyak kali. Supaya Allah dengar. Supaya Dia makbulkan. Dan supaya minda kita terprogram untuk dapatkan apa yang kita hajatkan. Selalu ucap syukur bila dapat sesuatu dan syukur juga jika tak dapat kerana Allah itu tahu apa yang baik untuk hambanya. Jika anda sering kata “Aku tak mampu. Ak...

Salam Israk & Mikraj 🌷

Umat Islam diberi kesempatan meraikan peristiwa luar biasa yang tercatat dalam sejarah Islam iaitu pengembaraan agung Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin (Israk) dan ke langit bertemu Allah SWT (Mikraj) hanya dalam tempoh sebahagian malam sahaje . Peristiwa luar biasa itu dijelaskan Allah SWT dalam Surah al-Israk pada ayat pertama yang bermaksud:  "Maha Suci Allah, yang membawa hamba-Nya mengembara pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" Peristiwa terakam dalam al-Quran itu membuktikan kehebatan Allah SWT mengurniakan mukjizat kepada Nabi SAW sebagai tanda kerasulannya kepada golongan kafir yang tidak mempercayai dakwah baginda. Hakikatnya, Israk dan Mikraj bukan sesuatu yang susah atau aneh bagi Allah SWT untuk melakukan demikian kerana Di...