Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Salam Israk & Mikraj 🌷

Umat Islam diberi kesempatan meraikan peristiwa luar biasa yang tercatat dalam sejarah Islam iaitu pengembaraan agung Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin (Israk) dan ke langit bertemu Allah SWT (Mikraj) hanya dalam tempoh sebahagian malam sahaje . Peristiwa luar biasa itu dijelaskan Allah SWT dalam Surah al-Israk pada ayat pertama yang bermaksud:  "Maha Suci Allah, yang membawa hamba-Nya mengembara pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" Peristiwa terakam dalam al-Quran itu membuktikan kehebatan Allah SWT mengurniakan mukjizat kepada Nabi SAW sebagai tanda kerasulannya kepada golongan kafir yang tidak mempercayai dakwah baginda. Hakikatnya, Israk dan Mikraj bukan sesuatu yang susah atau aneh bagi Allah SWT untuk melakukan demikian kerana Di

Jangan Give Up !!

Assalammualaikum semua 🌷 ni nak cakap , kira ni adat bila berbisnes ! baca & Hadam ! jangan cepat menyerahh , bila jatuh , cuba bangun ! cuba bangkit ! Semua orang yang berada di tahap tertinggi pencapaiannya, semua pernah rasa jatuh dan bangun. Terima itu sebagai perkara biasa. Itu semua, DIA punya kuasa. Bukan manusia. Bila kau jatuh, itu bukan bermaksud kau gagal. Tapi, bila kau yang biarkan diri kau kat bawah, sebenarnya kau yang pilih untuk gagal. Nauzubillah min zalik. Kau kumpul semula semangat dengan berdoa. Cairkan otak dengan idea-idea baru. Berhubung dengan 'circle' yang membina. Dan mula melangkah dengan konsisten. Masa sentiasa ada. Cuma, jangan biarkan ia rugi begitu sahaja.